PSM buat 'post mortem' isu padang Stadium Nasional

PSM buat ‘post mortem’ isu padang Stadium Nasional

PADANG Stadium Nasional Bukit Jalil terus menjadi pendebatan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, keadaan padang sebelum sepak mula final Piala Malaysia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengadakan mesyuarat ‘post mortem’ bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional, Bukit Jalil pada awal minggu hadapan.

Perkara itu dimaklumkan PSM menerusi ciapan ringkas mereka di laman Facebook, hari ini.

“PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklumbalas selepas ‘post mortem’,” jelas PSM.

Keadaan padang Stadium Nasional bukan hanya menjadi perhatian umum baru-baru ini, malah ia telah menjadi topik perbincangan setiap kali perlawanan bola sepak diadakan di venue berkenaan.

Terbaharu adalah ketika aksi Malaysia menentang Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang berlangsung kelmarin, menyaksikan padang tidak berada dalam keadaan terbaik.

Perkara itu menjadi topik hangat perbincangan peminat-peminat bola sepak tempatan susulan apabila penganjuran konsert diadakan secara tidak langsung, sukar untuk memulihkan permukaan padang berada dalam keadaan terbaik.

Susulan daripada itu, PSM menjadi sasaran kritikan hebat dan luahan kemarahan terutama daripada peminat bola sepak tanah air dengan ada yang mendesak pengerusinya, Datuk Hans Isaac melepaskan jawatan.

Kerosakan permukaan padang di Stadium Nasional didakwa berlaku selepas penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran di gelanggang rasmi Harimau Malaya itu pada 24 Februari lalu.

Keadaan padang ketika aksi keempat Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan Harimau Malaya tewas 0-2 kepada Oman itu, tidak berada pada tahap terbaik dengan kesan tampalan rumput di beberapa bahagian padang selain terdapat rumput yang tercabut ketika perlawanan berlangsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya