Ambil masa pulih 'buatan orang' - Razali Husin - Utusan Malaysia

Ambil masa pulih ‘buatan orang’ – Razali Husin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Razali Husin, 53, mendakwa terkena sihir sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan dunia seni beberapa tahun lalu.

Katanya, ‘buatan orang’ itu mengakibatkan dia hilang semangat untuk berkarya sekaligus mengambil langkah untuk melangkah keluar dari bidang seni.

“Saya alami batuk selain hilang semangat bekerja. Kesihatan saya waktu itu juga merosot.

“Itu sebabnya saya keluar industri, Allah nak jaga kita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Razali memaklumkan dia mengambil masa yang lama untuk pulih daripada sihir yang dihantar kepadanya.

“Saya pergi berubat. Macam-macam terjadi. Antaranya telur yang dibawa ketika sesi berjumpa perawat apabila dipecahkan keluar darah dan benang.

“Siapa yang menghantar, wallahualam. Perawat tidak bercerita kepada saya. Tapi katanya perempuan.

“Lama kelamaan, kita amalkan ayat Al-Quran yang diberikan perawat, Alhamdulillah sembuh,” katanya lagi.

Pelakon filem Susuk itu bagaimanapun bersyukur kerana kejadian itu telah menyelamatkan dirinya daripada terus dibuai dunia glamor.

“Arwah Suhami Mohd Zain (Pak Ngah) pernah berkata, banyak anak gadis akan rosak kerana suara saya sedap didengar.

“Benar kata Pak Ngah, Jika nama saya popular, ramai anak gadis yang menjadi rosak kerana meminati saya.

“Bila saya buat persembahan, ramai yang puji. Orang bukan Melayu kata saya merupakan pelapis penyanyi, Jamal Abdillah. Tapi saya hanya ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Saya tak mahu mati dalam keadaan rosak. Biarlah hidup normal seperti orang biasa,” ujarnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN