Piala FA: Manchester United tunjuk Liverpool jalan keluar

Piala FA: Manchester United tunjuk Liverpool jalan keluar

PEMAIN Manchester United Antony (kiri) melakukan rembatan untuk gol kedua tuan rumah pada aksi suku akhir Piala FA menentang Liverpool di Old Trafford awal pagi tadi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United mara ke separuh akhir Piala FA buat kali kedua berturut-turut selepas menyingkirkan Liverpool 4-3 pada aksi suku akhir di Old Trafford, awal pagi tadi.

Kemenangan itu mengekalkan impian The Red Devils untuk meraih trofi musim ini.

Pengendali United Erik ten Hag berharap ia juga akan menjadi batu loncatan untuk mengubah nasib mereka di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ledakan Amad Diallo membuatkan Old Trafford bersorak gembira apabila dia menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-121 selepas Marcus Rashford menyamakan kedudukan lapan minit lebih awal dan pemenang Piala FA 12 kali itu menempah tempat separuh akhir menentang pasukan divisyen dua, Coventry City.

“Ini mungkin saat (penting) di mana pasukan benar-benar boleh percaya bahawa mereka boleh melakukan perkara yang menakjubkan,” kata Ten Hag.

Aksi berbalas gol menyaksikan perlawanan antara kedua-dua pasukan cukup menarik.

Red Devils bermula cemerlang apabila membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi Scott McTominay namun minit ke-37, Liverpool yang menguasai 59 peratus babak pertama memperoleh dua gol pantas menerusi Alexis Mac Allister pada minit ke-44 dan jaringan Salah pada masa kecederaan.

Sikap tidak putus asa United akhirnya membuahkan hasil apabila memperoleh gol penyamaan menerusi Antony pada minit ke-87 sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Sebaik aksi memasuki minit ke-105, Harvey Elliott yang masuk menggantikan Dominik Szoboszlai meledak gol ketiga Liverpool.

Tujuh minit selepas babak kedua masa tambahan bersambung, Marcus Rashford kembali menghidupkan peluang United apabila menyamakan kedudukan sebelum bintang muda United, Amad Diallo muncul wira pasukan apabila meledak gol kemenangan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya