KANGAR: Jaguh olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly memasang impian untuk melakar hatrik emas di Sukan Paralimpik dalam acara acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran). Sekiranya berjaya melakar sejarah itu, Abdul Latif akan menyamai rekod yang dipegang pelari pecut sensasi dunia, Usain Bolt yang meraih tiga pingat emas berturut-turut dalam temasya Sukan Olimpik. Jika menjadi kenyataan, Abdul Latif juga bakal mencipta sejarah dengan muncul atlet pertama Malaysia meraih habuan…