KUALA LUMPUR: Mengambil kira prestasi yang merudum, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengambil keputusan membubarkan skuad senior dan remaja lelaki kebangsaan selain kontrak kedua-dua jurulatih juga sudah berakhir. Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, skuad kebangsaan akan berwajah baharu selepas tamat saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 tetapi jurulatih baharu dijangka diumumkan sebulan lagi. “Saya sudah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan, kita memang sudah…