KOTA KINABALU: Kenyataan bercanggah antara pihak Indonesia dan Kerajaan Negeri Sabah berhubung isu sempadan di Sebatik disifatkan sebagai serius serta menimbulkan persoalan asas yang perlu dijawab segera. Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pegawai Indonesia secara terbuka menyatakan angka khusus termasuk dakwaan keluasan 127.3 hektar yang didakwa berada dalam wilayah mereka. Menurutnya, perkara itu bercanggah dengan penafian Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang menafikan…










