Dendam Arsenal terbalas, belasah Newcastle 4-1

Dendam Arsenal terbalas, belasah Newcastle 4-1

Pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes (kiri) sedang bersaing dengan pemain Newcastle United, Fabian Schar dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung awal pagi tadi. (FOTO: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Arsenal meneruskan amukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan menjadikan Newcastle United sebagai mangsa terbaru apabila melakar kemenangan 4-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Emirates hari ini.

Arsenal membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi tandukan Gabriel Magalhaes yang berpunca daripada sepakan penjuru diambil Bukayo Saka, namun pengadil perlawanan mengesahkan gol tersebut merupakan jaringan sendiri pemain Newcastle, Sven Botman.

Perkara itu tidak menghalang anak-anak buah Mikel Arteta untuk terus bernafsu menambah jaringan dan hasilnya Kai Havertz menggandakan kedudukan buat Arsenal selepas menyempurnakan umpanan Gabriel Martinelli pada minit ke 24.

Aksi di babak kedua semakin rancak buat Arsenal apabila giliran Saka melakar nama sebagai penjaring perlawanan dengan gol ketiga tuan rumah pada minit ke 65.

Saka bijak menggelecek beberapa pertahanan Newcastle sebelum melepaskan rembatan kaki kiri untuk meletakkan Arsenal semakin selesa di hadapan.

Empat minit berselang, pemain pertahanan, Jakub Kiwior menambah derita Newcastle apabila menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru diambil Declan Rice untuk kedudukan menjadi 4-0.

Newcastle mendapat gol sagu hati menerusi Joe Willock pada minit ke 84.

Kemenangan ini menyaksikan Arsenal terus menghambat pendahulu liga, Liverpool dan Manchester City untuk perebutan kejuaraan EPL.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN