PETALING JAYA: Arsenal meneruskan amukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan menjadikan Newcastle United sebagai mangsa terbaru apabila melakar kemenangan 4-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Emirates hari ini. Arsenal membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi tandukan Gabriel Magalhaes yang berpunca daripada sepakan penjuru diambil Bukayo Saka, namun pengadil perlawanan mengesahkan gol tersebut merupakan jaringan sendiri pemain Newcastle, Sven Botman. Perkara itu tidak menghalang anak-anak…










