Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC

Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC

TAN Cheng Hoe bakal menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di liga Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejutan berlaku di kem Selangor FC apabila pasukan berkenaan mengumumkan berpisah dengan pengendalinya Tan Cheng Hoe selepas pengendali itu mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya secara serta-merta.

Selangor FC dalam satu kenyataan menjelaskan pasukan sudah dimaklumkan mengenai keputusan Cheng Hoe untuk meninggalkan skuad ‘The Red Giants’ bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di liga Thailand.

“SFC juga sudah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau. SFC ingin berterima kasih kepada Cheng Hoe atas usaha dan sumbangan beliau untuk kelab ini dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan.

“Nidzam Jamil kini dilantik sebagai ketua jurulatih sementara dan pada masa yang sama, pihak pengurusan kelab akan menjalankan proses pemilihan terperinci bagi melantik ketua jurulatih yang baharu,” kata Selangor FC.

Untuk rekod, Cheng Hoe dilantik membimbing Selangor FC pada September 2022 dan berjaya pasukan skuad itu menjadi naib juara Piala Malaysia 2022 dan juga naib juara Liga Super Malaysia 2023, sekali gus layak ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN