Beasley sasar tiga terbaik di ACC New Delhi 2024

Beasley sasar tiga terbaik di ACC New Delhi 2024

SHAH Firdaus Sahrom menjadi sandaran negara di ACC 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley mahukan anak buahnya untuk berusaha meraih kedudukan tiga terbaik menjelang Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi yang akan membuka tirai rabu ini biarpun tanpa kehadiran Datuk Azizulhasni Awang.

Azizul sudah melaungkan lebih awal bahawa saingan tahun lalu di Velodrom Nasional, Nilai merupakan penampilan terakhirnya di ACC selain masih belum cergas sepenuhnya selepas meraih pingat emas di Kejohanan Trek Piala Negara-Negara di Adelaide, Australia dua minggu lalu.

Pelumba berusia 36 tahun itu melakar sejarah tersendiri apabila merangkul dua pingat emas di ACC 2023, menerusi acara pecut dan keirin individu sekaligus menjadi pelumba paling berjaya dalam sejarah penganjuran kejohanan itu dengan mengumpul 12 pingat emas sejak 2007.

Ketiadaan Azizul menyaksikan Shah Firdaus Sahrom bakal mengalas tanggungjawab tersebut, situasi yang mirip ketika Sukan Asia Hangzhou 2022 Oktober lalu.

“Untuk mempertahankan dua pingat emas itu adalah sesuatu yang sukar, tetapi saya rasa dengan perkembangan ditampilkan Shah ketika ini, kami dalam landasan yang baik.

“Secara realistiknya, saya mahu para pelumba ini menampilkan aksi terbaik dari kayuhan dan catatan masa. Jika kita mengakhiri saingan di belakang Jepun dan China, bagi saya tidak mengapa kerana persiapan mereka adalah lebih rapi, tetapi tidak (tewas) kepada negara-negara lain, misalnya Thailand,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Velodrom Nasional, Nilai.

Dalam masa yang sama, Beasley gembira dengan tahap kecergasan Shah selepas pelumba kelahiran Johor itu tidak cergas ketika menyertai Kejohanan Trek Piala Negara-Negara di Adelaide tempohari.

Lantaran itu, dia hanya mampu beraksi dalam satu acara sahaja, iaitu keirin yang menyaksikan perjalanan Shah terkandas seawal pusingan kelayakan.

“Pelan kami di ACC untuk mempamerkan aksi terbaik dan saya berharap akan ada pelumba kita yang akan kehadapan menggalas tanggungjawab itu. Shah (Firdaus Sahrom) sudah kembali berlatih dan berada dalam keadaan yang terbaik, begitu juga adiknya Ridwan.

“Jadi saya amat teruja untuk dia merebut peluang ini,  sama seperti ketika Sukan Asia yang lalu dimana Azizul tidak dapat beraksi,” tambah Beasley.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN