Selangor juara Liga Jelajah Juara Esports Malaysia

Selangor juara Liga Jelajah Juara Esports Malaysia

Barisan pemenang bergambar bersama-sama selepas berakhirnya Kejohanan Liga Jelajah Juara Esports Malaysia musim pertama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan e-Sukan negeri Selangor muncul juara keseluruhan kejohanan Liga Jelajah Juara e-Sukan Malaysia musim pertama yang berakhir semalam.

Kejohanan yang diadakan buat kali pertama itu bertujuan memberikan pengalaman kepada semua peserta merasai suasana kejohanan bertaraf kebangsaan.

Kejohanan Liga Jelajah Juara e-Sukan Malaysia 2023 adalah komponen fasa kedua bagi program Jelajah Juara e-Sukan 2023 yang telah dianjurkan diseluruh negara sepanjang bulan November dan Disember yang lalu.

Saingan ini telah disertai oleh pasukan-pasukan Mobile Lagend Bang Bang (MLBB) bawah dari 16 negeri selain wilayah persekutuan yang diadakan secara langsung di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil bermula dari 25 Disember hingga semalam

Kejohanan ini turut menganjurkan acara bola sepak 7 sebelah yang juga disertai oleh peserta-peserta yang sama.

Pegawai Eksekutif MSN, Mohd Syazwan bin Mohd Hanafie berkata, kejohanan itu mencapai objektif yang diharapkan dalam usaha melahirkan juara baru dan menjadi pemain e-sukan profesional satu masa nanti.

“Kejohanan Jelajah Juara E-Sukan Malaysia ini adalah kejohanan yang julung kali di adakan yang membabitkan 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan.

“Pemain terbabit berumur 17 tahun ke bawah dan dipilih sendiri bagi mewakili persatuan e-sports negeri masing-masing,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya