Pemain Barcelona sertai Harimau Malaya?

Pemain Barcelona sertai Harimau Malaya?

NAIM GARCIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nama Pemain Barcelona B, Naim Garcia menjadi sebutan peminat bola sepak tempatan selepas dirinya mempunyai darah keturunan Malaysia.

Perkembangan tentang pemain berumur 21 tahun itu didedahkan oleh laman pencari bakat Frfuturetalents dan ia pastinya menjadi satu lagi berita gembira buat skuad bola sepak negara.

Naim menyertai Barcelona B secara pinjaman dari CD Leganes dan berpotensi menyarung jersi Malaysia memandangkan mempunyai darah keturunan Malaysia dari datuknya.

“Naim Garcia dilahirkan di Madrid, Sepanyol. Mempunyai keturunan Malaysia melalui datuknya. 

“Naim telah menyertai FC Barcelona B secara pinjaman daripada CD Leganes sehingga 30 Jun 2024 dengan pilihan untuk membeli,” tulis Frfuturetalents di laman Instagram.

Justeru, ia merupakan kelebihan dan mampu memberi manfaat jangka panjang buat Malaysia seandainya dia mahu beraksi untuk Harimau Malaya memandangkan Naim boleh dikategorikan sebagai pemain muda.

Mengikut rekod, pemain terbabit berkebolehan beraksi di bahagian sayap dengan dia terkenal dengan kelincahan untuk mengelecek.

Jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berjaya memujuk pemain itu menyarung jersi Harimau Malaya, ia pasti menambah kekuatan pasukan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya