Nasib Arul di hujung tanduk

Nasib Arul di hujung tanduk

KEGAGALAN skuad hoki negara sukar diterima memandangkan pasukan ini telah mendapat pelbagai bantuan, antaranya sentuhan pakar terbaik dunia. - IHSAN KONFEDERASI HOKI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masa depan ketua jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj dilihat kelam setelah gagal membawa Malaysia layak ke Sukan Olimpik Paris Julai ini.

Kempen kelayakan di Muscat, Oman yang melabuhkan tirainya kelmarin menyaksikan Speedy Tigers sekadar mengakhiri saingan di tempat kelima keseluruhan.

Terdahulu, Arul dan barisan anak buahnya juga gagal menepati sasaran untuk meraih pingat emas di Sukan Asia Hangzhou Oktober tahun lalu.

Kegagalan skuad hoki negara di bawah Arul sukar diterima memandangkan pasukan ini telah mendapat pelbagai bantuan, antaranya sentuhan pakar terbaik dunia seperti S. Kuhan, Martijn Drijver serta jurulatih kecergasan dari Britain, Tom Drowley untuk persediaan layak ke Sukan Olimpik Paris.

“Sepatutnya tugas saya hingga 31 Disember lepas, tapi saya sambung hingga kelayakan (Sukan Olimpik Paris 2024) ini, selepas ini saya akan bincang dengan Subahan. Itu sahaja.

“Sekiranya kami boleh sambung untuk bekerjasama, saya okey, kalau tiada saya boleh bergerak ke hadapan. Subahan banyak beri sokongan kepada pasukan, jadi saya serah kepada beliau untuk buat keputusan,”

“Kalau tak sambung dengan pasukan kebangsaan, saya akan pulang ke Dublin, Ireland. Saya ada akademi di sana balik dengan keluarga, tapi saya tak fikir semua itu. 

“Fokus saya, saya nak bincang dengan Subahan bagi tahu perancangan saya. Masih ada tugas yang belum selesai,” jelas Arul yang dilantik pada 2020 mengambil alih tugas Roelant Oltmans.

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kegagalan skuad hoki negara ke Sukan Olimpik, namun difahamkan badan induk itu telah mula mengintai beberapa calon untuk mengemudi skuad kebangsaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya