Kepulangan Harimau Malaya disambut meriah

Kepulangan Harimau Malaya disambut meriah

Ketibaan pemain-pemain Harimau Malaya selepas pulang daripada Qatar dari menyertai Kejohanan Piala Asia 2023, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Skuad Harimau Malaya disambut meriah oleh ratusan penyokong ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Barisan kejurulatihan dan pemain diserbu para peminat selepas mereka keluar daripada Balai Ketibaan selepas menamatkan kempen Piala Asia 2023 di Qatar.

Biarpun tersingkir seawal peringkat kumpulan di Piala Asia 2023, kejayaan mengikat Korea Selatan 3-3 bagaikan fenomena buat penyokong setia Harimau Malaya.

Keterujaan jelas terpancar di wajah penyokong terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan masyarakat yang turut mengambil kesempatan menanti kepulangan skuad bimbingan Kim Pan Gon.

Hadir sama adalah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya Adam Adli Abd Halim serta barisan kepemimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebagai rekod, skuad negara menamatkan kempen peringkat kumpulan dengan dua kekalahan dan satu seri, sekali gus pulang ke tanah air dengan satu mata.

Dalam dua perlawanan awal, Harimau Malaya kecundang di tangan Jordan 0-4 dan Bahrain (0-1).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya