Malaysia lepas geram robek Chile 5-0

Kelayakan Sukan Olimpik Paris: Malaysia lepas geram robek Chile 5-0

SKUAD Speedy Tigers akan dimbing jurulatih baharu iaitu Sarjit Singh.-IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki negara akhirnya meraih kemenangan pertama mereka dalam kempen Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 apabila membelasah Chile 5-0 dalam aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan yang berlangsung di Muscat, Oman hari ini.

Atas kertas, impian Malaysia ke Sukan Olimpik Paris sudah pun berkecai setelah terkandas di peringkat kumpulan.

Begitupun anak buah Arul Selvaraj tampil garang dengan Muhammad Razie Abd Rahim berjaya meledak pada minit ke 32 menerusi pukulan sudut penalti.

Mohamad Ashran Hamsani berjaya menggandakan jaringan dua minit kemudian menerusi gol padang.

Speedy Tigers terus unggul mendahului apabila giliran Muhammad Marhan Mohd Jalil meledak pada minit ke 41 menerusi pukulan sudut penalti.

Tujuh minit berselang, Norsyafiq Sumantri menambah derita Chile dengan keempat skuad negara pada minit ke 48.

Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal memastikan Chile terus longlai apabila menjaringkan gol kelima Malaysia pada minit ke 60 menerusi pukulan strok penalti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya