Iraq kejutkan Jepun 2-1

Iraq kejutkan Jepun 2-1

PEMAIN Iraq meraikan kejayaan mereka menumpaskan Jepun 2-1 dalam saingan Kumpulan D di Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Iraq melakar kejutan di Piala Asia 2023 apabila berjaya menumpaskan pasukan pilihan, Jepun 2-1 dalam aksi Kumpulan D, sebentar tadi.

Kemenangan berkenaan, sekali gus berjaya membawa Iraq ke peringkat kalah mati selepas mengumpul enam mata dalam dua perlawanan.

Dalam aksi menentang Jepun, Aymen Hussein muncul apabila menanduk masuk dua gol pada babak pertama, manakala Jepun meraih gol pada masa tambahan separuh masa kedua.

Ini ialah kekalahan pertama Jepun pada peringkat kumpulan Piala Asia dalam 26 perlawanan dan memungkinkan mereka berdepan Korea Selatan pada peringkat 16 terakhir di Qatar sekiranya layak.

Iraq yang berkedudukan ke-63 dunia manakala Jepun ke-17 berdepan penamat mendebarkan apabila pemain Liverpool, Wataru Endo kembali merapatkan kedudukan dalam masa kecederaan.

Namun Iraq bertahan dan kini mengumpul enam mata selepas menewaskan Indonesia 3-1 pada perlawanan pembukaan dan selepas ini mereka akan berdepan Vietnam pada aksi terakhir pada Rabu depan.

Juara empat kali, Jepun mengumpul tiga mata selepas menewaskan Vietnam 4-2 pada aksi pembukaan dan akan menentang Indonesia pada perlawanan terakhir.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya