Terima kasih sokong Harimau Malaya- Pan Gon

Terima kasih sokong Harimau Malaya- Kim Pan Gon

harimau malaya
PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E, Piala Asia 2023.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon mengucapkan tahniah kepada pemain dan rakyat negara ini atas kejayaan Harimau Malaya mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E, Piala Asia 2023.

Selain itu, Pan Gon turut menghargai sokongan kerajaan dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang disifatkan banyak membantu pembentukan sebuah pasukan yang terbaik bagi memberi saingan di Piala Asia.

“Tahniah pemain dan rakyat Malaysia, kami hargai semua sokongan daripada pihak kerajaan, FAM, kelab, pemain dan juga rakyat Malaysia. Ia perlawanan yang cukup hebat dan sukar untuk kami.

“Pemain memberikan segalanya dalam perlawanan ini. Boleh lihat, Korea menguasai permainan dan pemain saya bergelut untuk menyaingi mereka,” kata Pan Gon dalam sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Al Janoub.

Malaysia menamatkan perjuangan di Piala Asia 2023 dengan menghuni kedudukan keempat Kumpulan E dan meraih satu mata selepas tewas dua perlawanan awal kepada Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1).-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya