Ubaidullah ‘ubi muda’ digeruni lawan

Ubaidullah ‘ubi muda’ digeruni lawan

PEMAIN Terengganu FC, Muhammad Ubaidullah (kanan) mengejar Arif Aiman pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepanjang 70 minit pertama dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia kelmarin, kelibat pemain sensasi Arif Aiman Hanapi dilihat tidak banyak menyumbang selepas dia dikawal ketat pertahanan muda Terengganu FC, Muhammad Ubaidullah Shamsul.

Biarpun tidak beraksi di posisi utamanya di pertahanan tengah dan diberikan tugas baharu di bahagian kiri khusus untuk merantai Arif Aiman, Ubaidullah tidak mengeluh dengan dia mempamerkan aksi terbaik sebelum dikeluarkan akibat kecederaan.

Selepas pemain pertahanan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara itu dikeluarkan, Arif Aiman mula dilihat lebih bebas untuk bergerak dan melakukan gerakan berbahaya termasuk lariannya dari sebelah kiri berjaya mendapatkan sepakan penalti untuk Harimau Selatan.

Ketika ditanya tentang posisinya baharunya itu, Ubaidullah mengakui beliau tidak boleh bersikap memilih dan sentiasa berikan yang terbaik supaya momentum yang diingini berjaya dicapai dalam mana-mana perlawanan.

“Selesa tak selesa pun, sebagai pemain muda, kita perlu terima cabaran itu (di posisi pertahanan kiri), hanya buat yang terbaik dan apabila keyakinan itu datang. Insya-Allah (akan) dapat momentum.

“Yang positifnya (pada perlawanan final Piala Malaysia), Terengganu FC bermain dengan empat pertahanan tempatan dan masih boleh bersaing serta bertahan dengan baik.

“Cara mereka (JDT) menjaringkan gol juga bukanlah dari corak permainan (tetapi) melalui situasi bola mati dan sepakan penalti sahaja, mungkin kita kena kurangkan kecuaian di (bahagian) bawah,” kata Ubaidullah ketika ditemui selepas perlawanan.

Mengenai kecederaan yang dialami beliau sehingga memaksanya diusung keluar, Ubaidullah berkata, dia masih tidak pasti mengenai kecederaannya dan perlu diberi pemantauan rapi di hospital agar tahap kecederaannya itu dapat diketahui.

Mengulas lanjut aksi final kelmarin, pemain terbaik perlawanan akhir Piala MFL 2023 itu mengakui bahawa kekalahan itu bukanlah keputusan yang baik buat mereka dan beliau merasakan keseluruhan perlawanan berlangsung secara adil dan tiada apa yang perlu dipertikaikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya