Status Azizul ke ACC 2024 masih tergantung

Status Azizul ke ACC 2024 masih tergantung

JOHN Beasley terpaksa memantau perkembangan Azizulhasni Awang bagi memastikan dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley akan mencongak aturan jadual yang sesuai buat jaguh negara, Datuk Azizulhasni Awang sama ada khidmatnya masih lagi akan dikerah untuk Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di India Februari depan ataupun sebaliknya.

Azizul, 35 tahun dari awal telah menyatakan hasrat untuk tidak bersaing di ACC 2024 kerana khuatir dijangkiti Covid-19, yang mungkin akan menjejaskan persiapannya ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Justeru saingan ACC 2023 yang berlangsung di Velodrome Nasional, Nilai Jun lalu merupakan penampilan terakhirnya di kejohanan itu dengan Azizul berjaya merangkul dua pingat emas dalam acara pecut dan keirin, yang juga emas ke 12 Azizul di saingan itu sejak beraksi mula beraksi pada 2007.

Begitupun, Azizul masih diperlukan untuk beraksi dalam tiga kejohanan Piala Negara-Negara bermula di Adelaide pada 2 Februari, disusuli di Hong Kong pada 15 March dan seterusnya Milton pada 12 April.

“Tiada pilihan, Azizul dan pelumba lain akan beraksi di tiga siri Piala Negara-Negara kerana itu adalah wajib untuk mengukuhkan mata ranking ke Sukan Olimpik.

“Kami akan bincang dahulu dengan Beasley tentang perkara itu, tetapi itu juga berdasarkan mata ranking yang telah diperoleh, jika dirasakan kita sudah berada dalam keadaan selesa, kita menghantar pelumba lain menggantikan Azizul, jadi tidak semestinya kita akan bergantung harap kepada dia sahaja.

“Kita akan duduk berbincang bagi mencari perancangan yang terbaik kerana kita juga mahukan pastikan kesihatan Azizul dalam keadaan terjaga. Kes Covid19 semakin meningkat dan India pula mempunyai populasi rakyat yang amat tinggi dan anda tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku, jadi kami perlu menimbang semua aspek ini,” jelas Timbalan Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gil ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam hal yang lain, Amarjit menjelaskan PKBM masih akan membuat siasatan dalaman terhadap jurulatih basikal bukit (MTB) biarpun jurulatih tersebut telah pun bebas daripada tuduhan kes gangguan seksual daripada pihak berkuasa.

“Kami telah menerima surat daripada pihak polis, menyatakan jurulatih itu telah bebas daripada tuduhan gangguan seksual, tetapi kami di PKBM masih mempunyai sesi pendengaran daripada Jawatankuasa Tatatertib yang akan dilaksanakan dalam tempoh dua bulan lagi,” kata Amarjit.

Kes tersebut menggemparkan kem negara hanya sebulan sebelum berlangsungnya Sukan SEA Kemboja 2023 sehingga menyaksikan jurulatih itu digantung tugas oleh PKBM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya