Solari dedah TMJ rancang bawa masuk empat import baharu

Solari dedah TMJ rancang bawa masuk empat import baharu

ESTEBAN Solari melakar musim gemilang pada tahun pertama bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila membawa Harimau Selatan menjulang empat piala musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari memberi bayangan skuad Harimau Selatan akan menandatangani tiga atau empat pemain import baharu bagi memperkuatkan pasukan untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Solari berkata, setakat ini antara pemain yang disahkan akan menyarung jersi Harimau Selatan ialah pemain kelahiran Argentina, Jalil Elias.

Katanya, identiti pemain import yang lain masih belum boleh didedahkan sebelum ia dimuktamadkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang akan membuat penilaian.

Solari juga tidak memaklumkan berapa pemain import yang akan meninggalkan kelab juara Liga Super itu sebelum liga bermula.

“Apa yang boleh saya sahkan ialah Jalil (Elias) 100 peratus akan beraksi untuk JDT musim depan. Dia yang telah melepasi ujian perubatan itu bakal menjadi watak penting membantu kelab lebih mantap dan konsisten.

“Pemain berusia 27 tahun itu dijangka dapat memberi impak positif bagi mengemudi bahagian tengah JDT. Pengalamannya di Liga Argentina akan memberi nilai tambah kepada pasukan.

“Walaupun kita ada Leandro (Velazquez), tapi dia masih menjalani proses pemulihan, maka kehadiran Jalil amat penting buat pasukan setelah pemain versatil itu boleh beraksi selaku perancang dan `defensive midfield’, katanya.

Ditanya mengenai khabar angin Akhyar Rashid akan berhijrah ke Terengganu FC (TFC), Solari memberitahu perkara itu di luar kemampuannya dan terpulang kepada pemain itu untuk membuat keputusan.

Jelas Solari, dia mahu pemain sayap itu kekal bersama pasukan setelah dia memainkan peranan penting buat pasukan pada musim ini. 

“Saya mahu Akhyar terus bersama JDT kerana dia adalah ‘game changer’ setiap kali dia dibawa masuk dalam mana-mana perlawanan, oleh sebab itu saya mahu dia kekal di sini.

“Bagaimanapun, itu terpulang kepada Akhyar untuk tentukan masa depannya. Kelab tidak dapat menjanjikan tempat dalam kesebelasan utama setiap perlawanan sebaliknya perlu bersaing untuk merebut posisi itu.

“Saya juga mahukan Heberty (Fernandes) kekal, dia adalah pemain yang bagus dan bekerja keras membantu pasukan, pemain terbaik yang dibawa masuk pada jendela perpindahan pertengahan tahun lalu,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya