Piala Malaysia: TFC dijangka sukar gugat JDT

Piala Malaysia: TFC dijangka sukar gugat JDT

HASNIZAM UZIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasukan Terengganu FC dijangka sukar menggugat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.

Sekiranya berjaya menjulang Piala Malaysia itu nanti bakal memahat sejarah baharu bagi JDT apabila menjadi pasukan pertama bergelar juara quadruple (empat trofi) dalam dua musim berturut-turut.

Bagi pemerhati sukan bola sepak, Hasnizam Uzir, walaupun ramai berpandangan pertembungan antara skuad Harimau Selatan dan skuad Penyu seimbang, sebenarnya JDT mempunyai kelebihan berbanding pasukan dari pantai timur itu.

Katanya, dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), JDT tidak terkalah dan momentum kemenangan ini akan memberi kelebihan kepada skuad kendalian Esteban Solari pada aksi final Piala Malaysia.

Katanya, JDT yang dibarisi pemain berkualiti di setiap posisi serta berpangalaman luas tampak sukar ditewaskan oleh Terengganu yang diperkuat barisan pemain muda.

“Walaupun Terengganu berada pada prestasi terbaik, saya tak melihat mampu mencipta ‘upset’ ke atas JDT. JDT berada di aras berbeza, di bawah bimbingan Solari, corak permainan mereka amat mengujakan.

“Bukan itu sahaja, juara Liga Super itu dibarisi pemain berkualiti dan import yang berskil tinggi, ditambah pula strategi ketua jurulatih yang ampuh, ini adalah ramuan untuk bergelar juara.

“Kekalahan 0-5 kepada Kawasaki Frontale dalam siangan Liga Juara-juara Asia (ACL) tidak menjejaskan moral pemain setelah mereka kembali mencatat kemenangan dengan menewaskan Sri Pahang FC,” katanya.

Katanya, pasukan Terengganu perlu berusaha untuk menyerap tekanan pada aksi final nanti sekiranya mahu mengejutkan pasukan JDT.

“Berbanding JDT, saya yakin mereka mampu beraksi seperti biasa dan tahu apa yang diperlukan.

“Saya kira JDT akan muncul sebagai pemenang Piala Malaysia dengan jaringan sama ada 2-0 atau 2-1, sekali gus melengkapkan kejuaraan quadruple,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN