Piala Malaysia: Astro hadirkan kepuasan buat peminat di rumah

Piala Malaysia: Astro hadirkan kepuasan buat peminat di rumah

(Dari kiri) Ketua Jurulatih JDT, Esteban Solari, Kapten JDT, Jordi Amat, Kapten Terengganu FC, Habib Haroon dan Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbuckner bergambar bersama trofi Piala Malaysia dalam sidang akhbar menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil .-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peminat-peminat bola sepak tempatan berpeluang untuk menyaksikan final Piala Malaysia 2023 melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu malam ini dalam paparan Definisi Ultra Tinggi 4K (4K UHD) serta kualiti audio daripada Dolby Atmos.

Pengalaman menarik itu dihadirkan oleh Rakan Penyiar Rasmi Liga Malaysia, Astro yang menyiarkan siaran langsung perlawanan tersebut dengan paparan dan kualiti audio yang dinyatakan di saluran khas, Saluran 806 UHD dan Saluran 799 HD.

Pelanggan Pek Sukan Astro dan Pek Liga Malaysia akan mendapat akses ini secara percuma dan boleh menikmati pengalaman terbaik menonton dengan Astro Ultra Box.

Untuk makluman, paparan 4K UHD menawarkan kualiti dan butiran lebih jelas empat kali ganda lebih tinggi daripada Definisi Tinggi (HD).

Sementara itu, menerusi Saluran 799 HD, ianya merupakan satu platform interaktif yang ditawarkan Astro buat para peminat bola sepak untuk mengundi pemain kegemaran yang ingin dilihat dengan lebih dekat dan jelas melalui teknologi ‘playercam’ yang akan digunakan pada perlawanan itu nanti.

Menurut Astro, ini merupakan julung kalinya menyiarkan siaran langsung aksi sukan tempatan khususnya perlawanan Piala Malaysia dalam paparan 4K UHD sekaligus mencipta sejarah siaran langsung dalam arena sukan tanah air.

Sebelum ini, Astro hanya menyiarkan paparan 4K UHD untuk sukan antarabangsa sahaja seperti Piala Dunia FIFA, UEFA EURO, Liga Perdana Inggeris (EPL) dan lain-lain lagi.

Sementara itu, siaran langsung perlawanan yang akan dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ini juga boleh ditonton menerusi saluran Astro Arena 801 serta Astro Arena Bola 803 dengan sepak mula dijadualkan pada pukul 9 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya