Penyokong TFC harap pengadilan tidak berat sebelah

Penyokong TFC harap pengadilan tidak berat sebelah

Penyokong Terengganu FC berkumpul di Kampung Wakaf Dua, Marang hari ini sebelum bertolak ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia malam esok. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Jangan rosakkan kualiti perlawanan dengan mutu pengadilan yang buruk menjadi harapan penyokong Terengganu FC (TFC) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Seorang penyokong, Muda Mat Ali, 62, berkata, penyokong kedua-dua pasukan mahu menyaksikan perlawanan menarik dikendalikan pegawai perlawanan yang adil.

Katanya, penyokong TFC membawa harapan besar dari jauh untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jelasnya, pengadil tidak seharusnya mencuri perhatian dengan membunuh kerancakan permainan apatah lagi tiada teknologi video bantuan pengadil (VAR) seperti dirancang Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini.

“Penyokong boleh terima apa jua keputusan sama ada kalah atau menang kerana itu adat pertandingan, namun kami datang dari jauh mahu menyaksikan 90 minit yang berkualiti.

“Tanpa bantuan teknologi VAR, tugas lebih berat menanti pegawai perlawanan terutama perlawanan akhir dan sebagai penyokong, saya harap pengadil tidak berat sebelah,” katanya.

Muda ditemui bersama hampir 150 penyokong TFC dari Kampung Wakaf Dua dekat Bukit Payung di sini yang mula bertolak ke ibu negara bagi memberi sokongan kepada skuad Sang Penyu.

“Kami akan hadir dengan bertemakan kain batik sebagai kelainan dan memeriahkan suasana perlawanan akhir bersama beberapa kelab penyokong yang lain,” ujarnya.

Seorang lagi penyokong dari kampung sama, Mohd. Syahrul Ikhwan, 30, pula berkata, kunjungannya ke stadium keramat negara itu merupakan acara wajib kebanyakan penduduk ini dalam setiap kali pasukan Sang Penyu melangkah ke perlawanan akhir.

“Tema kain batik untuk disarung bersama jersi juga memang menjadi identiti kami sebagai tanda sokongan kepada negeri kesayangan dengan harapan dapat membawa pulang trofi Piala Malaysia.

“Memang kelebihan jelas memihak JDT namun TFC II sudah membuktikan pasukan underdog juga boleh muncul juara setelah mengalahkan JDT II dalam aksi akhir Piala MFL,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya