Penyokong Terengganu terlebih dahulu 'kalahkan' JDT

Penyokong Terengganu terlebih dahulu ‘kalahkan’ JDT

PENYOKONG Terengganu FC yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah kehadiran penyokong Terengganu FC (TFC) bagi pentas akhir Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang lebih ramai berbanding Johor Darul Taz’im (JDT) telah memberi ‘kemenangan awal’ kepada Sang Penyu.

Perlawanan malam ini yang dilihat bakal menjadi perlawanan sengit kerana kedua-dua pasukan masing-masing bakal menurunkan kesebelasan utama terbaik mereka bagi membawa pulang piala keramat ini.

JDT yang turun sebagai pasukan pilihan malam ini bakal mencuba sehabis baik untuk mencipta rekod juara ‘double quadruple’ mereka bagi musim ini.

TFC bagaimanapun, menerusi jurulatihnya Tomislav Steinbrukner percaya skuad Sang Penyu mampu mempamerkan corak permain yang baik sekaligus membenamkan Harimau Selatan.

Dalam pada itu, keadaan hujan selain padang yang basah ketika ini dikhuatiri akan menganggu momentum para pemain malam ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya