Malaysia raih tangga ke-11 Kejohanan Berpasukan Lelaki Dunia

Malaysia lepasi sasaran, tamatkan saingan di kedudukan ke-11 Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia

Skuad skuasy lelaki negara meraih kedudukan ke 11 di Kejohanan Berpasukan Lelaki Dunia 2023 yang berlangsung di Tauranga, New Zealand. (FOTO: ihsan WSF)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan skuasy negara berpuas hati apabila menamatkan cabaran di kedudukan ke 11 keseluruhan di Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia yang berlangsung di Tauranga, New Zealand selepas menumpaskan Australia 2-0 dalam perlawanan tempat ke 11 dan 12 hari ini.

Pencapaian itu melepasi sasaran awal Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) yang meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok 12 terbaik memandangkan barisan pemain yang dipertaruhkan untuk edisi kali ini adalah pemain muda.

Dalam perlawanan penentuan tempat ke 11 dan 12 yang berlangsung di Arena Mercury Baypark itu, Sanjay Jeeva berjaya menewaskan Dylan Molinaro 11-2, 7-11, 11-5, 11-7.

Selepas itu, Addeen Idrakie Bahtiar menoktahkan kejayaan untuk Malaysia apabila mengatasi Rhys Dowling 5-11, 11-6, 11-7, 11-9.

“Kita bermain dengan baik berdepan mereka (Australia). Apa yang boleh saya katakan pemain baharu seperti Sanjay Jeeva dan C. Ameeshenraj juga bermain dengan tenang dan secara profesional sehingga akhir perlawanan.

“Banyak perkara perlu diperbaiki untuk mengangkat mereka naik ke peringkat seterusnya. Mereka juga mempunyai peluang cerah di masa hadapan.

“Apa pun mengakhiri saingan di kedudukan ke-11 berjaya melepasi sasaran 12 terbaik ditetapkan SRAM sebelum ini,” jelas Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam.

Edisi 2019 yang berlangsung di Washington D.C, Amerika Syarikat menyaksikan skuad negara ketika itu menamatkan saingan di tempat kesembilan keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya