Kriangkrai muncul juara Kejohanan Amatur Saujana 2023

Kriangkrai muncul juara Kejohanan Amatur Saujana 2023

Kriangkai dari Thailand meraikan kemenangan sulungnya di peringkat antarabangsa di Kejohanan Amatur Saujana 2023
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain Thailand, Siwakorn Kriangkrai muncul juara Kejohanan Amatur Saujana 2023 yang berlangsung di Saujana Golf and Country Club (SGCC), semalam.

Kriangkrai merangkul kejuaraan itu selepas menewaskan wakil Malaysia, Hariz Hezri menerusi playoff, apabila kedua-duanya terikat dengan catatan 217 selepas tiga hari kejohanan berlangsung.

Hariz mendahului selepas 17 lubang namun, dia kehilangan rentak pada lubang terakhir dan melakukan bogey, sekali gus kehilangan kelebihan satu pukulan ke atas Kriangkrai yang berada di belakang.

Kriangkrai melakukan par pada lubang ke-18 untuk menyamakan kedudukan dengan Hariz, sekali gus mengheret ke penentuan playoff, mengulangi lubang 18 sekali lagi.

Dalam saingan playoff itu, kedua-dua pemain menunjukkan rentak yang baik, namun nasib lebih menyebelahi Kriangkai yang melakukan birdie untuk merekodkan kemenangan pertamanya di saingan antarabangsa.

“Saya terlalu asyik dalam pertempuran saya dengan rakan senegara Thanawin sehingga saya lupa tentang pesaing yang lain.

“Apa yang saya tahu, saya berjaya atasi Thanawin. Tidak lama kemudian, saya mendapat tahu daripada jurulatih bahawa saya sedang terikat dengan Hazri dan perlu berdepan playoff.

“Sekiranya saya tahu bahawa saya perlu menyamakan kedudukan dengan Hazri, saya pasti tekanan akan meningkat dua kali ganda,” kata Kriangkrai.

Tempoh dua minggu ini pasti menjadi perlawanan yang sangat diingati oleh Hariz yang berusia 18 tahun yang memenangi Terbuka Amatur Malaysia pada minggu lalu.

Josiah Edwards dari Australia meraih kedudukan ketiga dalam kejohanan berkenaan, manakala Thanawin Lee dari Thailand menduduki tempat keempat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya