JDT mahu cemerlang di ACL musim depan

JDT mahu cemerlang di ACL musim depan

KAPTEN JDT, Jordi Amat menjulang Piala Malaysia selepas menumpaskan Terengganu FC 3-1 di pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas menjulang empat piala untuk dua musim berturut-turut dalam kancah Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu menampilkan aksi lebih baik dalam dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

Itu janji pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu memastikan skuad bimban Estaban Solari menampilkan aksi yang lebih positif dalam kempen ACL selepas cemerlang dan sukar dicabar di peringkat domestik.

“Terima kasih AFC. Kami akan cuba lakukan yang lebih baik dalam Liga Juara-Juara Asia musim hadapan. Itu adalah janji,” tulisnya dalam ruangan komen hantaran ucapan tahniah AFC kepada JDT yang berjaya mencatat kejuaraan quadruple musim ini.

Pada Jumaat lalu, JDT melengkapkan musim gemilang mereka apabila menumpaskan Terengganu FC 3-1 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sekali gus mempertahankan piala berprestij yang dimenangi Harimau Selatan musim lalu.

Untuk rekod, JDT tersingkir dari peringkat kumpulan ACL musim ini selepas tewas 0-5 kepada Kawasaki Frontale di Jepun pada minggu lalu dan dipisahkan peraturan ‘head to head’ dengan Ulsan Hyundai di tempat kedua.

Kejayaan JDT memberi saingan kepada pasukan gergasi Asia di ACL membuka mata banyak pihak terutama pemerhati bola sepak di Korea Selatan yang kini tidak lagi memandang rendah keupayaan kelab dari Asia Tenggara.

Skuad Harimau Selatan akan menutup aksi peringkat kumpulan menentang kelab Thailand, BG Panthum United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Selasa ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya