Bekas ketua jurulatih Perancis perkuat skuad basikal

Bekas ketua jurulatih Perancis perkuat skuad basikal

PELUMBA basikal trek pelapis negara akan menerima jurulatih baharu dari Perancis, Herman Terryn yang dijadual memulakan tugas pada 2024. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas jurulatih basikal Perancis, Herman Terryn dilantik sebagai jurulatih trek berbasikal skuad pelapis dan bakal berganding bahu bersama jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley bermula Januari 2024 sebagai persediaan ke Sukan Olimpik di Paris 2024.

Pemangku Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pihaknya telah bersetuju melantik Terryn yang pernah menjadi ketua jurulatih pasukan pecut berbasikal Perancis.

“Jika tiada apa-apa halangan, beliau akan memulakan kerja sebagai jurulatih untuk pasukan kebangsaan dari tahun 2024 khasnya untuk atlet pelapis.

“Dia (Herman) yang memohon jawatan tersebut kepada PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) kerana melihat kepada potensi skuad sukan berbasikal Malaysia dan mahu menyumbang sesuatu untuk Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Menurut Amarjt, Herman Terryn bukan lagi nama yang asing kerana beliau telah berjaya menaikkan beberapa nama bintang atlet berbasikal Perancis.

“Pengalaman beliau sebagai ketua jurulatih Perancis akan memajukan atlet-atlet pelapis negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Dengan adanya jurulatih baru dalam pasukan ia akan membawa satu lembaran dan nafas yang baharu kepada skuad berbasikal serta atlet-atlet pelapis negara, katanya.

Tambahnya, John Beasley akan berganding bersama Herman Terryn kerana mereka mempunyai satu sinergi yang cukup baik antara kedua-dua mereka.

“Apabila datang ke sini, beliau perlu melihat status atlet kita dan tahap mereka. Selepas itu, baru beliau (Herman) akan memberikan sedikit pendapat untuk menambah baik sukan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya