Arif Aiman mahu musnahkan BG Pathum United

Arif Aiman mahu musnahkan BG Pathum United

ARIF Aiman Hanapi ketika sidang akhbar pra perlawanan kempen ACL membabitkan JDT menentang BG Panthum United, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Penyerang  berbisa, Arif Aiman Hanapi sedia menjadi pemusnah buat BG Pathum United bagi menghadiahkan tiga mata buat Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi terakhir Kumpulan I Liga Juara-juara Asia (ACL) musim ini.

Pemenang pemain paling bernilai (MVP) dua musim berturut-turut itu sebelum ini meledak dua gol ketika membantu pasukan menewaskan kelab Thailand itu FC 4-2 pada aksi 3 Oktober lalu.

Katanya, pertemuan yang berlangsung petang esok menjadi lebih mencabar setelah pasukan lawan mengetahui corak permainan JDT dan mempunyai perancangan ampuh untuk mengikat pergerakannya.

“Walaupun pertembungan ini tidak mengubah kedudukan JDT, namun kita tetap akan beraksi dengan sepenuh hati untuk mengutip tiga mata di laman sendiri dan tidak menghampakan penyokong yang hadir.

“BG Pathum merupakan sebuah pasukan yang bagus di Thailand dan kami akan beri 100 peratus komitmen di atas padang. Kita akan tetap bermotivasi untuk bermain dengan baik bagi mencipta kemenangan dalam kancah saingan ACL ini,” katanya.

Ditanya sama ada dia memasang impian untuk beraksi di luar negara selepas menunjukkan prestasi cemerlang di pentas ACL, Arif Aiman enggan memikirkan soal itu, sebaliknya mahu mempertingkat kualiti permainan bersama-sama rakan sepasukan Harimau Selatan.

“Saya mahu meningkatkan persembahan secara berpasukan berbanding memikirkan beraksi di luar negara kerana mahu membuktikan pemain tempatan mampu beraksi setanding pasukan luar seperti kelab Jepun dan Korea Selatan,” katanya.

Dalam pada itu, Arif Aiman tidak meletakkan sasaran untuk memahatkan namanya sebagai penjaring, sebaliknya hanya mahu membantu pasukan meraih kemenangan.

“Tak kisah siapa pun yang skor pada perlawanan itu, yang penting JDT meraih kemenangan,” katanya.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.