120 perserta meriahkan golf amal YKRDM

120 perserta meriahkan golf amal YKRDM

PARA peserta Kejohanan Golf Amal YKRDM bergambar sebelum kejohanan bermula di The Mines Golf & Club pada Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 120 peserta telah memeriahkan Kejohanan Golf Amal anjuran Yayasan Kor Risik Diraja Malaysia (YKRDM) yang berlangsung di The Mines Golf & Country Club pada Sabtu lalu.

Hasil kutipan daripada kejohanan berkenaan akan digunakan untuk memperkasakan aktiviti sokongan sebagai tanggungjawab sosial kepada kumpulan sasar khususnya warga serta veteren KRD dan orang awam yang memerlukan.

Yayasan itu dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya komited dan akan menumpukan aspek bantuan kesihatan, kebajikan, pendidikan, kemahiran dan juga peningkatan sosio ekonomi kumpulan sasar.

“Yayasan akan terus melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial dari semasa ke semasa khusus untuk meningkatkan dana secara berkala. Hasil daripada kejohanan yang dianjurkan, sebanyak RM90,000 berjaya dikumpulkan.

“Hasil daripada kutipan itu, sebanyak RM20,000 akan disumbangkan kepada Tabung Kelab Veteren Kor Risik bagi menampung perbelanjaan urus tadbir untuk menjaga kebajikan pesara anggota Kor Risik.

“Yayasan mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala bantuan serta sokongan daripada agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta serta orang perseorangan yang telah membantu menjayakan kejohanan ini,” kata yayasan itu.

Kejohanan itu dimenangi oleh Nor Hafizan Yahaya (Medal A), Tarmizi Abd. Mutalib (Medal B) dan Datin Seri Salmah Salleh untuk kategori Terbuka Wanita.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya