Zii Jia sah tidak sertai program RTG

Zii Jia sah tidak sertai program RTG

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akhirnya sah tidak akan bersama dalam program sukan elit negara, ‘Road to Gold’ (RTG) selepas tamat tarikh akhir, iaitu 14 November yang diberikan kepadanya untuk membuat keputusan.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak Sekretariat RTG menerusi satu kenyataan rasmi mengenai status Zii Jia yag telah diberikan tempoh dua minggu untuk menyatakan persetujuan menyertai program ini.

Difahamkan Zii Jia yang kini berada di Jepun bagi Kejohanan Badminton Masters Kumamoto gagal mencapai kata sepakat selepas mesyuarat terakhir atas talian bersama Penyelaras RTG, Datuk Stuart Ramalingam yang berlangsung pada hari ini.

“Pihak Sekretariat RTG telah membuat pertemuan atas talian dengan Team LZJ hari ini dan memutuskan bahawa Lee Zii Jia tidak akan bersama dengan program RTG.

“Menerusi pertemuan hari ini, Team LZJ yang diwakili jurulatih Zii Jia, Wong Tat Meng dan Liew Daren bersama-sama kakak yang juga pengurusnya, Lee Zii Yii telah memaklumkan keputusan berkenaan selepas membuat pertimbangan sewajarnya dan rujukan secara dalaman bahawa Lee Zii Jia tidak memerlukan servis tambahan yang ditawarkan RTG.

“Bagaimanapun, Team LZj telah memberi jaminan bahawa mereka akan terus bekerjasama rapat dengan pemegang taruh seperti Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara menuju ke Sukan Olimpik Paris tahun hadapan,” jelas sekretariat RTG dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Ketika ini, 14 orang yang tersenarai dalam program RTG terdiri daripada dua jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta dua penerjun wanita, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dan badang negara, Mohd. Aniq Kasdan.

Bakinya pula terdiri daripada barisan pemain badminton antaranya perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, dua beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yii dan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah serta beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.