Kesilapan Onana bawa padah buat Manchester United

UCL: Kesilapan Onana bawa padah buat Manchester United, kini tangga tercorot Kumpulan A

Manchester United
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Harapan Manchester United untuk terus kekal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berada di hujung tanduk apabila diikat Galatasary 3-3 dalam aksi Kumpulan A yang di RAMS Park awal pagi tadi.

United bermula baik apabila di hadapan seawal minit ke 11 menerusi rembatan kencang Alejandro Garnacho.

Selang tujuh minit kemudian, Red Devils menggandakan jaringan apabila Bruno Fernandes mencatat nama sebagai penjaring.

Bagaimanapun mimpi buruk United bermula pada minit ke 29 apabila penjaga golnya, Andre Onana tersilap langkah untuk membaca sepakan percuma diambil Hakim Ziyech, sekaligus membiarkan tuan rumah merapatkan jurang menjadi 2-1.

Begitupun, United terus menjarakkan kedudukan apabila Scott McTominay cemerlang untuk menyambar bola hantaran silang Aaron Wan Bissaka bagi menjadikan kedudukan 3-1.

Tatkala United sedang selesa mendahului, Onana sekali lagi melakukan kesilapan apabila gagal menampan bola dengan kemas hasil sepakan percuma diambil Ziyech pada minit ke 62, untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Pelawat terus kempunan apabila Muhammad Kerem Akturkoglu bijak memperdaya pertahanan United untuk melepaskan rembatan padu, sekaligus membuatkan Onana sekali lagi tertewas dalam perlawanan ini dengan kedudukan terikat 3-3.

United kini berada di kedudukan terakhir dalam Kumpulan A dengan mengutip empat mata, manakala Galatasary dengan FC Copenhagen berkongsi lima mata tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Keputusan ini meletakkan anak buah Erik ten Hag dalam situasi sukar apabila mereka harus menumbangkan gergasi Jerman, Bayern Munich yang merupakan pendahulu Kumpulan A dalam perlawanan terakhir kumpulan pada 13 Disember depan untuk hidupkan peluang layak ke pusingan kalah mati, dan dalam masa yang sama mengharapkan agar Galatasary seri dengan Copenhagen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya