Warga asing terjejas akibat Anak Krakatua dikecualikan bayaran lebih masa - Utusan Malaysia

Warga asing terjejas akibat Anak Krakatua dikecualikan bayaran lebih masa

SEJUMLAH penumpang terkandas di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Tangerang. AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Direktorat Jeneral Imigresen Indonesia memberikan izin tinggal darurat sementara kepada warga asing yang terjejas akibat pembatalan dan pengalihan penerbangan susulan letusan Gunung Anak Krakatau pada Ahad.

Izin Tinggal Keadaan Terpaksa (ITKT) membolehkan pelancong asing yang terjejas untuk kekal secara sah di Indonesia sementara menunggu penerbangan mereka disambung semula. 

Pihak berkuasa imigresen turut mengecualikan bayaran tinggal lebih masa bagi warga asing yang tempoh tinggalnya dilanjutkan akibat gangguan penerbangan tersebut.

Ketua Pengarah Imigresen, Hendarsam Marantoko berkata, dasar itu diperkenalkan bagi membantu penumpang yang terjejas akibat bencana alam berkenaan selain memastikan mereka mendapat kepastian dari segi undang-undang sepanjang terkandas di Indonesia.

“Kami memahami situasi sukar dan kesulitan yang dialami penumpang akibat gangguan penerbangan,” kata Hendarsam dalam kenyataan bertulis yang diterima di Tangerang pada Isnin.

Beliau berkata, pegawai imigresen akan terus memantau status perundangan warga asing di Indonesia sambil mengambil pendekatan berperikemanusiaan sepanjang tempoh kecemasan.

Proses permohonan izin tinggal darurat akan dikendalikan dengan cepat dan cekap, tanpa mengenakan bayaran tinggal lebih masa kepada warga asing yang terjejas. 

Izin itu membolehkan mereka kekal di Indonesia sehingga penerbangan kembali beroperasi seperti biasa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×