Tiket final Piala Malaysia serendah RM50

Tiket final Piala Malaysia serendah RM50

MFL mengumumkan tiket final Piala Malaysia akan diagihkan sama rata kepada JDT dan TFC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 8 Disember depan.

Sama seperti perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum ini, tiket serendah RM50 dan RM70 dikekalkan untuk aksi final Piala Malaysia 2023 bagi kategori General Admission selain Premium Grandstand RM150 serta VIP Grandstand RM200

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, empat kategori tiket akan diagihkan secara sama rata kepada dua finalis iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).

“Sama seperti perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum ini, tiket serendah RM50 dan RM70 dikekalkan untuk aksi final Piala Malaysia 2023 bagi kategori General Admission selain Premium Grandstand RM150 serta VIP Grandstand RM200.

“Penyokong-penyokong JDT dan TFC akan memiliki pilihan dengan penetapan empat ‘tier’ harga tiket ini justeru MFL mengharapkan agar mereka dapat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.

“Bagi proses penjualan tiket final Piala Malaysia 2023, MFL seperti mana sebelum ini menyerahkan sepenuhnya urusan itu kepada pasukan finalis bagi memastikan mereka dapat menjual tiket kepada penyokong-penyokong dengan sistematik dan sama rata,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai proses jualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh pihak JDT dan TFC dalam masa terdekat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya