Terengganu ikat Central Coast Mariners FC 1-1

Terengganu ikat Central Coast Mariners FC 1-1

STATISTIK perlawanan antara Terengganu FC menentang Central Coast Mariners FC dalam aksi Piala AFC, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terengganu FC berjaya mengikat kelab Australia, Central Coast Mariners FC 1-1 dalam saingan Piala AFC di Stadium Central Coast, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi Kumpulan G dan mencerahkan peluang untuk layak ke peringkat seterusnya.

Dalam perlawanan itu, Terengganu turun dengan pasukan yang agak ‘tempang’ selepas hanya membariskan empat pemain simpanan ekoran krisis kecederaan kelab Pantai Timur itu.

Pada babak awal, Central Coast Mariners lebih banyak mengasak pintu gawang skuad Sang Penyu, namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan babak pertama berakhir tanpa jaringan.

PENYERANG Terengganu FC, Ivan Mamut diasak oleh pertahanan Central Coast Mariners FC dalam aksi Piala AFC- Ihsan AFC

Bersambung babak kedua, Terengganu yang jarang-jarang melakukan serangan berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-53 selepas Engku Nur Shakir menanduk masuk bola sepakan sudut Sony Norde.

Tersentak dengan jaringan itu, Central Coast Mariners menggandakan asakan dan hasilnya Miguel Di Pizio berjaya menyudahkan hantaran lintang Christian Theoharous pada minit ke-87.

Keputusan itu menyaksikan Central Coast Mariners kekal memimpin saingan Kumpulan G dengan mengumpul 10 mata, hanya satu mata di hadapan Terengganu yang menghuni tangga kedua.

Terengganu berpeluang untuk bergelar juara kumpulan dan mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya dengan syarat mereka menewaskan Bali United dalam aksi terakhir pada 13 Disember ini selain mengharapkan Central Coast Mariners tidak menang berdepan Stallion Laguna.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.