Hazman mahu serangan Terengganu lebih tajam

Hazman mahu serangan Terengganu lebih tajam

Pemain Terengganu FC, Adonnis Kastaner cuba melepasi kawalan empat pemain Melaka FC dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, kelmarin. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih interim Terengganu FC (TFC), Tengku Hazman Raja Hassan menyifatkan kualiti permainan TFC perlu diperbaiki meskipun mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Melaka FC dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, kelmarin

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, jentera serangan skuad penyu banyak perlu diperbaiki menjelang pertemuan dengan KL City pada aksi seterusnya.

“Secara keseluruhan memang saya puas hati dengan keputusan. Cuma dari segi mencipta peluang, kita tidak gunakan sepenuhnya. Bila kita dapat gol penyamaan, kadang-kadang kita kurang fokus.

“Itu yang saya kurang gembira. Tapi tahniah kepada pemain kerana memberi lebih daripada 100 peratus. Bukan mudah untuk meraih penuh mata di tempat lawan, jadi alhamdulillah.

“Saya harap tempoh dua atau tiga hari ini kita dapat manfaatkan untuk memperbaiki beberapa perkara sebelum perlawanan seterusnya.

“Pasukan lawan bukan calang-calang, mereka mantap. Selepas gol kedua, kita agak hilang konsentrasi. Itu antara masalah kita yang perlu diperbaiki,” katanya.

Menjelang pertemuan seterusnya menentang KL City, Hazman menegaskan beberapa aspek perlu diberi keutamaan selain dari memperbaiki kualiti permainan.

“Pertama, saya kena pastikan beberapa pemain yang cedera pulih. Kita juga perlu buat pembetulan kerana banyak situasi yang sepatutnya tidak berlaku. ,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN