Rachel ke final Kejohanan Piala Skuasy Malaysia 2023

Rachel ke final Kejohanan Piala Skuasy Malaysia 2023

Rachel Arnold jadi wakil tunggal Malaysia yang akan berentap di final Kejohanan Piala Skuasy Malaysia di Seremban, Negeri Sembilan esok - (FOTO: ihsan PSA World Tour)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy negara, Rachel Arnold menceriakan kem kebangsaan apabila melangkah ke pentas final Kejohanan Piala Skuasy Malaysia ACE 2023 yang berlangsung di Gelanggang Skuasy Kompleks Sukan Haji Mohd Said Seremban 2, di sini, sebentar tadi.

Rachel, pilihan kelima kejohanan cemerlang menyerap segala asakan pemain Mesir, Malak Khafagy sebelum melakar kemenangan dengan keputusan 8-11, 11-7, 11-4, 6-11 dan 11-4 selepas bertarung selama 53 minit permainan.

Ini merupakan pentas final pertama buat Rachel untuk kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Gangsa Persatuan Skuasy Profesional (PSA).

“Walaupun tewas pada set pertama, saya bangkit meneruskan persembahan terbaik pada set berikutnya hingga mengheret kepada pertarungan lima set.

“Pada peringkat awal sememangnya Malak dilihat menguasai permainan ketika saya masih mencari rentak, tapi set berikutnya saya dapat kuasai gelanggang dengan baik walaupun sedikit tertekan selepas dia menang set keempat.

“Hakikatnya, saya tidak menjangka dapat menewaskan dia dan mara sejauh ini pada kejohanan ini, namun berasa gembira kerana menjadi wakil tunggal negara ke pentas final,” jelas Rachel.

Pemain berusia 27 tahun itu akan berdepan dengan pilihan pertama kejohanan, Nour El Tayeb yang telah menumpaskan seorang lagi wakil Malaysia, S.Sivasangari denga keputusan 12-10, 3-11, 9-11, 6-11.

Aksi separuh akhir membabitkan kategori lelaki pula menyaksikan wakil negara, Ng Eain Yow yang turun sebagai pilihan keempat kejohanan diberikan tentangan hebat oleh bekas pemain No. 1 Dunia, Karim Abdel Gawad dari Mesir.

Gawad tampak memberikan kesukaran buat Eain Yow di dalam gelanggang sebelum menafikan hasrat pemain itu untuk ke final dengan keputusan 8-11, 10-12, 5-11 dan akan bertemu rakan senegara, Mostafa Asal esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya