MILAN: Jaringan gol penyerang Argentina, Lautaro Martinez memastikan Inter Milan terus kekal di tangga teratas Serie A walaupun terikat 1-1 dengan pesaing terdekat Juventus sekali gus meletakkan kelab itu dua mata di depan.
Martinez merobek gawang lawan pada minit ke-33 untuk menyamakan kedudukan selepas Dusan Vlahovic meletakkan Juve di depan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Allianz, Turin pagi tadi.
Keputusan seri itu turut menamatkan rekod kemenangan enam perlawanan berturut-turut Inter sebelum ini yang dilihat berpeluang untuk menjulang gelaran kali ke-20, mengatasi rekod AC Milan yang turut menang 19 kejuaraan Serie A. – AFP
KEPUTUSAN
Cagliari 1 Monza 1
Empoli 3 Sassuolo 4
Frosinone 2 Genoa 1
Juventus 1 Inter Milan 1