Jaguh Taiwan juara Golf PKNS Selangor Masters 2023

Jaguh Taiwan juara Golf PKNS Selangor Masters 2023

HO Yu Cheng (tiga dari kiri) muncul juara Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh Taiwan, Ho Yu Cheng muncul juara Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2023, sekali gus membawa pulang hadiah utama bernilai AS$30,625 (RM143,707).

Dalam pusingan akhir di Kelab Golf Seri Selangor hari ini, saingan berlangsung sengit sebelum Yu Cheng mengesahkan gelaran menerusi catatan par, 280 pukulan keseluruhan.

“Sangat mengujakan untuk memenangi gelaran ADT (Jelajah Pembangunan Asia) sulung saya, lebih istimewa hanya saya seorang saja pemain Taiwan yang beraksi di sini, memang satu langkah besar buat diri saya.

“Saya berdepan kesukaran dengan beberapa pukulan saya hari ini, tetapi selepas saya melakukan kesilapan, kedi saya akan segera memberi semangat untuk saya bersabar dan fokus untuk pukulan seterusnya,” kata Yu Cheng.

Selain membawa pulang hadiah utama, Yu Cheng turut berjaya melonjakkan kedudukan dalam ‘Order Of Merit’ ADT ke tangga kedua dari posisi ke-10, sekali gus membawa pulang wang tunai AS$46,742.29 (RM219, 338.20).

Dalam pada itu, gelaran pemain terbaik Malaysia menjadi milik Ervin Chang menerusi catatan 284 pukulan, 4 di atas par keseluruhan, menyaksikan dia turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Bermula goyah dengan catatan 76 pukulan pada hari pertama, Ervin bangkit pada dua pusingan seterusnya menerusi catatan 69 dan 66 pukulan.

Namun, ‘double bogey’ lubang 5 selain tiga bogey lubang 6, 13 dan 17 memaksanya berpuas hati dengan catatan 73 pukulan, 284 pukulan keseluruhan, 4 di atas par.

“Permainan hari ini sangat mencabar, terutamanya dengan kedudukan pin yang sukar hari ini. Saya gembira dengan cara saya bermain minggu ini dan bangga dapat menamatkan saingan sebagai pemain Malaysia terbaik,” kata Ervin

Kejohanan golf Selangor Masters yang disenaraikan dalam siri ADT menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$175,000 (RM821,187).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya