UiTM United muncul juara Al-Ikhsan Cup 2023

UiTM United muncul juara Al-Ikhsan Cup 2023

PEMAIN UiTM United menjulang Piala Al-Ikhsan Cup 2023 selepas menumpaskan YPM FC 2-1 di pentas final pada Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: UiTM United mengesahkan kejuaraan Al-Ikhsan Cup 2023 musim ini selepas menundukkan YPM FC 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam pada Sabtu lalu.

Skuad kendalian Mohd. Yazli Yahya membuktikan kemampuan mereka dengan kejuaraan sulung pada tahun ini walaupun baru pertama kali menyertai Al-Ikhsan Cup.

Lebih membanggakan, kemenangan itu juga mengesahkan tempat UiTM United ke saingan Liga M3 pada musim hadapan

Bagaimanapun, UiTM United tidak berdepan laluan mudah untuk meraih kejuaraan itu apabila mereka ketinggalan pada minit ke-10 apabila Pengiran Mohamad Ilham tertampan bola ke gawang sendiri.

UiTM United terpaksa menunggu hingga minit ke-74 untuk menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti yang diambil Muhammad Fakhirur Razi selepas bola terkena tangan pertahanan YPM FC, Wan Akmal.

Pada masa tambahan, UiTM United dihadiahkan satu lagi sepakan penalti selepas penjaga gol YPM FC, Yusof Akma melakukan kekasaran di dalam kotal penalti.

Muhammad Fakhirur Razi yang sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk mengambil sepakan penalti tidak berdepan masalah untuk meletakkan bola ke dalam jaring untuk gol kemenangan UiTM United.

“UiTM United telah membuat persiapan yang sangat terperinci kerana kami sudah menjangkakan akan menerima saingan sengit daripada YPM FC.

“Sebelum ini, kami telah berdepan YPM FC dua kali dan ia sememangnya sukar. Saya telah mengkaji corak permainan semua pemain YPM FC dan Alhamdulillah, ianya membuahkan hasil,” kata Mohd. Yazli.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya