Terengganu FC patut bawa pulang tiga mata - Steinbruckner

Terengganu FC patut bawa pulang tiga mata – Steinbruckner

PEMAIN Terengganu FC meraikan jaringan penyamaan Syahmi Zamri (dua, kanan) ektika menentang Bali United dalam aksi kedua Kumpulan G, Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta kelmarin. - IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terengganu FC sepatutnya membawa pulang tiga mata bukan satu, tegas pe­ngendali Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner.

Beliau meluahkan rasa kecewa kerana berpendapat anak buahnya berhak meraih tiga mata tetapi tetap gembira kerana tidak pulang dengan tangan kosong.

Sang Penyu bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain muda, Syahmi Zamri untuk mengikat Bali United 1-1 pada aksi kedua Kumpulan G, Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta kelmarin.

“Selepas dan ketika perlawanan pada pendapat saya, kami berhak memperolehi lebih daripada satu mata kerana kami mengawal permainan.

“Selepas gol Bali United, saya agak takut kerana kami bermain biasa-biasa sahaja meskipun mempunyai banyak percubaan untuk menjaringkan gol.

“Kami cuba melakukan lebih lagi selepas jaringan Syahmi tetapi kami terpaksa bertahan kerana Bali melakukan asakan dan cuba dapatkan jaringan kemenangan.

“Saya jangkakan lebih tetapi terpaksa berpuas hati sebab bawa balik satu mata meskipun sepatutnya kami bawa pulang tiga mata penuh,” kata jurulatih dari Croatia itu.

Percaturan Tomislav memberi kepercayaan kepada pemain muda bawah 23 tahun itu membuahkan hasil apabila Syahmi menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki enam minit sebelum tamat untuk memadam jaringan Privat Mbarga pada minit ke-54.

“Sebagai jurulatih saya cuba mencari penyelesaian yang lebih baik.

“Kadang kala pemain muda le­bih baik kerana mereka masuk pada babak kedua dan untuk perlawanan ini, Syahmi berhak mendapat tempat kerana dia tunjuk kualiti yang dimahukan,” jelas Steinbruckner.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN