Springboks nekad ‘ganggu’ pesta perpisahan Foster

Springboks nekad ‘ganggu’ pesta perpisahan Foster

PEMAIN Afrika Selatan menjalani latihan di Paris semalam dalam persiapan menghadapi New Zealand pada perlawanan akhir Ragbi Piala Dunia, Ahad ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Afrika Selatan bukan sahaja turun dengan misi mempertahankan kejuaraan Ragbi Piala Dunia apabila berdepan New Zealand dalam final Ahad ini, malah mahu merosakkan majlis perpisahan pengurus All Blacks, Ian Foster.

Penolong jurulatih Springboks, Daan Human berkata, membawa pulang Piala Webb Ellis adalah satu-satunya perkara yang bermain di fikiran pasukan itu, dan sudah meningkat sejak kekalahan terakhir 20-35 kepada All Blacks pada 15 Julai lalu.

Malah pada pertembungan terakhir 25 Ogos lalu, Afrika Selatan tampil dengan sisi berbeza dan membalas dendam ­dengan membelasah New Zealand 35-7 di Twickenham.

“Permulaan baik memang bagus tetapi paling penting adalah bagaimana kami menamatkan permainan.

“Perlawanan ragbi dimenangi dalam 80 minit, dan kami tahu All Blacks selalunya bermula pantas dan akan mencari mata sebanyak mungkin dari awal.

“Dalam perlawanan pertama kami menentang mereka tahun ini, mereka mendahului 17-0 hanya dalam 20 minit pertama tetapi kami berjaya mengubah keadaan pada perlawanan ke­dua (di London),’’ kata Human.

Perlawanan akhir, Ahad ini akan menjadi aksi terakhir Foster sebagai jurulatih All Blacks sejak mengalas tugas itu pada 2020. Ragbi New Zealand sudah pun melantik Scott Robertson untuk mengambil alih pasukan depan.

Springboks akan memastikan tiada ‘pesta’ buat New Zealand dan Foster, sekali gus merencatkan hasrat mereka untuk melakar sejarah memenangi Piala Dunia buat kali keempat.

Sementara itu, jurulatih pertahanan All Blacks, Scott McLeod menegaskan, 20 minit pertama bukan tempoh untuk ‘berlembut’ dan mereka akan bermula agresif sebaik sahaja pengadil dari England, Wayne Barnes meniupkan wisel.

“Bukan rahsia kedua-dua pihak akan memberi tumpuan pada 20 minit pertama, saya boleh bayangkan,” katanya.

Foster dijangka membuat perubahan minimum terhadap All Blacks. Dia mungkin menukar pemain lock, di mana Brodie Retallick kembali diturunkan dan meletakkan Sam Whitelock di bangku simpanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya