Skuasy cerah hadirkan emas buat Malaysia dalam Olimpik 2028

Skuasy cerah hadirkan emas buat Malaysia dalam Olimpik 2028

HANNAH Yeoh ketika melepaskan kontinjen Malaysia yang akan beraksi dalam Sukan Para Asia Ke-4 Hangzhou di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang hari ini. - IHSAN KBS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peluang Malaysia untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik semakin cerah selepas skuasy disenaraikan dalam temasya tersebut bermula di Los Angeles (LA) 2028.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, skuasy mempunyai potensi besar untuk memburu pingat dalam temasya sukan terbesar dunia itu selepas memenangi tiga emas pada Sukan Asia Hangzhou, baru-baru ini.

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jawatankuasa Road to Gold (RTG) memberikan sokongan padu kepada setiap atlet yang akan mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028.

SKUASY yang muncul pasukan paling cemerlang pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou dengan meraih tiga pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

“Saya rasa ini berita yang dinantikan sejak sekian lama oleh rakyat Malaysia. Dulu semasa Datuk Nicol David menjadi juara dunia, ramai yang lahirkan rasa kecewa kenapa skuasy tiada dalam Sukan Olimpik kerana kalau ada mungkin Malaysia sudah menang emas pertama.

“Di peringkat KBS menerusi RTG, kita akan pastikan untuk memberi sokongan padu kepada atlet yang akan mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Paris dan Los Angeles kerana RTG adalah untuk dua kitaran Olimpik.

“Saya sudah nyatakan sebelum ini, kita akan melakukan post mortem mengenai prestasi di Sukan Asia hujung bulan ini…atlet yang berjaya menang emas bermaksud mereka sudah solid di Asia dan akan diberi sokongan untuk memastikan mereka bersedia ke Sukan Olimpik.

“Saya percaya skuasy yang mempunyai prestasi konsisten di Malaysia melahirkan juara dunia akan membantu Malaysia mendapatkan emas dalam Olimpik,” katanya selepas mengadaka lawatan ke Klinik Kesihatan Wanita di Insitut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil di sini hari ini.

Semalam, Jawatankuasa OIimpik Antarabangsa (IOC) meluluskan skuasy bersama empat sukan lain sebagai acara baharu untuk temasya LA 2028.

Selain skuasy, turut disenaraikan kriket, flag football (dikenaku sebagai American Football), lacrosse dan besbol-sofbol.

Dalam temasya Olimpik 2028, dua emas ditawarkan untuk skuasy menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya