Sang Penyu optimis benam Bali United

Sang Penyu optimis benam Bali United

PEMAIN Terengganu FC menjalani latihan akhir di Bali kelmarin dalam persiapan menghadapi Bali United pada saingan Piala AFC malam ini. – IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) optimis dapat membawa pulang mata berharga dalam aksi Kumpulan G Piala AFC bertemu Bali United di Stadium Kapten Wayan Dipta, malam ini.

Menurut pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner, kehadiran semula beberapa tonggak yang direhatkan ketika saingan Liga Super menjadi sandaran buat Sang Penyu memburu kemenangan.

Jurulatih kelahiran Croatia itu berkata, antaranya pemain sayap, Sony Norde dan penjaga gol utama, Mohd. Suhaimi Husin yang kembali memperkuatkan kesebelasan utama TFC.

Jelas Steinbruckner, skuad kendaliannya berhasrat meneruskan rentak kemenangan selepas bermula dengan langkah kanan mengalahkan juara Australia, Central Coast Mariners, bulan lalu.

“Saya sudah ada bayangan kesebelasan utama TFC dengan kepulangan beberapa tonggak utama dan kita masih ada beberapa sesi latihan lagi bagi memantau tahap kecergasan pemain.

“Bali United juga pasukan yang baik setelah mengalahkan Stallion Laguna FC, 5-2 dan kami perlu berhati-hati dengan kelibat bintang mereka seperti Ilisa Spasojevic da Jefferson Assis.

“Jika pasukan saya dapat memberikan persembahan 100 peratus, TFC boleh meraih keputusan positif sekurang-kurangnya satu mata dari tempat lawan,” ujarnya ketika ditemui di sini kelmarin.

Bekas jurulatih T-Team itu berkata, motivasi anak-anak buahnya masih berada pada tahap terbaik meskipun diaibkan kekalahan 0-4 di tangan Selangor dalam saingan Liga Super, Jumaat lalu.

Menurutnya, skuad Sang Penyu bertekad untuk memberikan aksi lebih bertenaga di Indonesia sebelum menghadapi pusingan separuh akhir Piala Malaysia pada 21 Oktober nanti.

“Moral pasukan tidak terjejas dengan prestasi dalam saingan domestik namun pemain-pemain tetap berazam membalas dengan keputusan lebih positif selepas ini,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN