Qabil lupakan Olimpik Paris 2024, beri bayangan bersara

Qabil lupakan Olimpik Paris 2024, beri bayangan bersara

MOHD. Qabil Ambak Mahamad Fathil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Selepas 28 tahun mengabdikan diri kepada ekuestrian, Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil memberi bayangan akan bersara selepas menghadiahkan pingat emas bersejarah kepada Malaysia dalam Sukan Asia 2022 di Hangzhou.

Qabil yang sudah menginjak usia 43 tahun pada 1 Januari lalu turut memutuskan untuk tidak menyertai Sukan Olimpik di Paris tahun depan.

Sejak membuat penampilan sulung dalam Sukan Asia di Bangkok 1998, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu telah menyumbang satu pingat emas, tiga perak dan empat gangsa.

Penampilannya di Hangzhou adalah yang keenam dan terbaik selepas dia menghadiahkan emas pertama buat Malaysia dalam temasya sukan terbesar Asia itu sejak ekuestrian diperkenalkan buat julung kali di Seoul, Korea Selatan pada 1986.

Kata Qabil, semua impiannya telah tercapai selepas memenangi pingat emas di Hangzhou.

BERSAMA keluarga tersayang. – IHSAN MSN

“Saya rasa dah lama dalam sukan ini, sudah 28 tahun terasa penat tapi alhamdulillah setiap kali bertanding pulang tanpa tangan kosong, kali ini dapat emas yang saya perjuangkan selama ini.

“Sasaran telahpun saya capai, terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang menyokong sejak saya berumur 10 tahun lagi sehingga sekarang.

“Dorongan yang diberi tanpa mengira wang ringgit, mereka sanggup memberikan yang terbaik, tanpa mereka semua ini takkan terjadi,” katanya dalam nada sebak sewaktu ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Hangzhou, semalam.

Menurut Qabil, dia membuat keputusan muktamad untuk tidak menyertai kelayakan Sukan Olimpik yang masih dibuka sehingga Disember ini kerana fokus utamanya adalah untuk Sukan Asia.

“Lagipun Sukan Olimpik, kos lagi mahal dan saya nak cari kuda lagi, jadi masa yang ada terlalu singkat dan saya juga merasakan saya telah capai segalanya untuk negara,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya