Pestabola Merdeka 'latihan' Tajikistan untuk hadapi Piala Asia

Pestabola Merdeka ‘latihan’ Tajikistan untuk hadapi Piala Asia

PEMAIN Tajikistan meraikan kejayaan muncul juara Pestabola Merdeka selepas menumpaskan Malaysia 2-0 dalam perlawanan akhir malam tadi. - UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Tajikistan, Petar Segrt mengakui di Pestabola Merdeka 2023 adalah persediaan buat anak-anak buahnya untuk menghadapi Piala Asia di Qatar, awal tahun depan.

Kejayaan menjulang kejuaraan selepas menewaskan Malaysia 2-0 dalam final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi pastinya menjadi tonik buat pasukan di ranking ke-110 dunia itu mengharungi cabaran di Qatar tahun depan.

“Maaf apabila saya katakan bahawa perlawanan ini (berdepan Malaysia) adalah sebagai satu aksi untuk persiapan kami menghadapi Piala Asia nanti.

“Ini kerana Piala Asia adalah lebih penting buat kami berbanding Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,” katanya.

Saingan di Piala Asia 2023 menyaksikan Tajikistan diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Qatar, China dan Lubnan.

Bercakap mengenai persiapannya untuk mengharungi pusingan kelayakan pada November dan seterusnya saingan Piala Asia pada Januari, Segrt mengakui dia ‘pening’ memilih skuad terbaik memandangkan dia memiliki ramai pemain yang berkualiti untuk dua pertandingan tersebut.

“Sekarang saya berdepan kesukaran untuk memilih pemain kerana saya ada ramai pemain yang boleh bermain. Tetapi kita perlu melihat perkembangan dan status pemain.

“Saya juga tidak boleh melupakan pemain yang tidak dapat menyertai kita kali ini kerana ia bukan salah mereka. Jadi kita akan pilih yang terbaik nanti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN