Penyokong teruja mahu lihat Harimau Malaya di Piala Dunia

Penyokong teruja mahu lihat Harimau Malaya di Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebaik sahaja Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir mendedahkan negara itu bersama Australia mengajak Malaysia dan Singapura menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034, peminat teruja untuk melihat Harimau Malaya beraksi di pentas tertinggi tersebut.

Erick percaya, bidaan Indonesia dan Australia akan menjadi kuat dengan penyertaan Malaysia serta Singapura.

Menerusi tinjauan pembaca Utusan Malaysia di Facebook, rata-rata menyatakan keterujaan untuk melihat Malaysia beraksi buat kali pertama sejak Piala Dunia diperkenalkan pada 1930 dan mahu FAM menerima pelawaan.

“Wow… Asia (Tenggara) tiga slot automatik selaku tuan rumah bersama,” tulis Wifred Rizan.

Pemilik akaun, Mohd Arif pula berkata: “Oklah tu…layak secara automatik ke Piala Dunia…nak layak secara merit nampaknya masih kabur lagi….Terima je pelawaan itu”.

Iskandar Mokhtar berpandangan Malaysia boleh mengambil contoh penganjuran bersama Korea Selatan dan Jepun pada 2002.

Remember World Cup 2002..Korea Japan..,” tulisnya.

Seorang lagi pengikut ­Utusan Malaysia, Jerry Donald berkata: “Itu sahaja peluang Malaysia masuk Piala Dunia”.

“Harap Malaysia ambil peluang ini bergabung dengan Indonesia dan Australia anjur Piala Dunia. Ini sahaja peluang terbaik untuk kita,” tulis Rizal Shaari.

Secara realisitiknya, berdasarkan fasiliti yang dimiliki di Malaysia, hasrat itu sukar menjadi kenyataan melainkan kerajaan bersedia mengeluarkan perbelanjaan besar bagi menaik taraf stadium sesuai dengan kriteria ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Malah, keterujaan penyokong juga terpadam selepas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan, badan itu kekal dengan pendirian menyokong Arab Saudi yang sudahpun menyerahkan penawaran rasmi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya