Penyertaan dibatalkan, kuartet 4x100m lelaki salah lorong

Penyertaan dibatalkan, kuartet 4x100m lelaki salah lorong

KUARTET 4x100m lelaki negara yang beraksi di final Sukan Asia Hangzhou.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyertaan kuartet 4x100m (m) lelaki negara pada final Sukan Asia Hangzhou dibatalkan selepas pelari negara melanggar peraturan yang ditetapkan untuk acara berkenaan.

Dalam aksi final itu, pelumba negara didapati melakukan kesalahan TR17.3.1 iaitu pencerobohan lorong sekali gus menyaksikan kedudukan kelima menjadi milik kuartet Indonesia.

Kesalahan kuartet negara itu juga disahkan menerusi keputusan rasmi di laman Sukan Asia 2022.

Terdahulu, pada aksi final, kuartet negara yang dibarisi Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi itu menamatkan saingan di tangga kelima dengan catatan 39.19 saat (s).

Pingat emas dimenangi China dengan catatan 38.29s sementara kuartet Jepun dengan catatan 38.44s memenangi pingat perak manakala gangsa milik Korea Selatan (38.74s)-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya