Jawatankuasa RTG kena berani gugur atlet

Jawatankuasa RTG kena berani gugur atlet

BARISAN Pemain hoki Malaysia yang tampil dalam Sukan Asia kali ini. – IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Road to Gold (RTG) perlu mengambil keputusan drastik melayangkan ‘kad merah’ kepada mana-mana atlet dibawah program itu yang gagal menyinar di Sukan Asia Hangzhou.

Perkara itu perlu bagi memastikan program RTG kekal dengan objektif utamanya untuk membimbing atlet yang boleh menghadirkan pingat emas pertama negara di pentas Olimpik Paris 2024 dan Olimpik Los Angeles 2028.

Di Sukan Asia Hangzhou, atlet daripada sukan badminton menjadi peserta teramai daripada program RTG yang gagal menyerlah di temasya empat tahun sekali itu selain skuad Hoki yang gagal menepati sasaran khususnya layak ke Olimpik Paris.

LEE ZII JIA

Atlet RTG yang meraih pingat di Sukan Asia Hangzhou ialah Aaron Chia-Soh Wooi Yik (gangsa), Datuk Pandelela Rinong (gangsa), Nur Dhabitah Sabri (perak, gangsa) dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom (gangsa)

“Lihat pencapaian di Hangzhou, jawatankuasa RTG kena realistik. Kalau di Sukan Asia pun mereka bergelut dan tidak menyerlah, apa lagi yang boleh diharapkan di Olimpik. Agak sukar bagi kita di Paris nanti dan perlu ada tindakan.

“Mahu kekalkan mereka sehingga ke Paris atau tindakan drastik perlu diambil. Saya fikir, penilaian semula perlu dilakukan. Berdasarkan pencapaian di Hangzhou, jawatankuasa RTG kena berani layangkan ‘kad merah’ (gugurkan atlet) dan jangan ada rasa kasihan.

“Tindakan itu bagi mengelak kita diberikan harapan palsu. Jadi, biarkan atlet yang tersenarai adalah atlet yang boleh jadi harapan. Kita mahukan pingat di Olimpik dan bukannya penyertaan sahaja ramai,” katanya kepada Utusan Malaysia.

PEKAN RAMLI

Sebelum ini, penyelaras program Datuk Stuart Ramalingam berkata, prestasi atlet pada Sukan Asia Hangzhou akan dinilai secara mendalam, sebelum jawatankuasa RTG memutuskan untuk mengekalkan mereka.

Mengulas mengenai keberadaan skuad hoki dalam program RTG, Pekan berkata, perkara itu antara perkara utama yang perlu dinilai kerana skuad kendalian Arul Selvaraj gagal di Sukan Asia dan tempat mereka belum terjamin ke Olimpik Paris.

“RTG ini program untuk dapatkan emas atau program meramaikan atlet?. Untuk realistik, kena kecilkan jumlah penyertaan atlet dalam program ini. Mereka kena berani dan keputusan drastik perlu diambil untuk hoki.

“Mereka (hoki) gagal di Sukan Asia, mereka juga berdepan misi sukar untuk layak ke Olimpik Paris kerana perlu melalui pusingan kelayakan di Oman pada Januari depan, misi sukar kerana banyak saingan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya