Aaron-Wooi Yik kempunan ke final Sukan Asia Hangzhou 2022

Aaron-Wooi Yik kempunan ke final Sukan Asia Hangzhou 2022

Perjalanan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berakhir di peringkat separuh akhir Sukan Asia Hangzhou yang berlangsung di Gimnasium Binjiang, Hangzhou sebentar tadi. (FOTO: Majlis Olimpik Malaysia)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANGZHOU: Harapan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mara ke perlawanan akhir Sukan Asia Hangzhou 2022 berkecai setelah tumpas kepada pasangan India sebentar tadi.

Aksi separuh akhir yang berlangsung di Gimnasium Binjiang, Hangzhou itu menyaksikan Aaron dan Wooi Yik gagal menjelmakan aksi terbaik mereka ketika berdepan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Selepas 47 minit berentap, Aaron dan Wooi Yik apabila tumpas dengan keputusan 17-21, 12-21, sekaligus impian untuk mara ke final berkecai.

Kali terakhir beregu lelaki negara mara ke perlawanan akhir adalah menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong ketika edisi 2010 Guangzhou.

Begitupun Aaron dan Wooi Yik tidak pulang dengan tangan kosong apabila akan berkongsi pingat gangsa dengan pasangan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin yang turut tumpaa di peringkat separuh akhir kepada pasangan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya